Semua kategori
Aktiviti dan bermain
Panduan penggunaan lampin
Keluar bersama bayi
Kesihatan dan pemakanan
Pembelajaran dan perkembangan

6 Latihan Mudah Untuk Senaman Bayi Anda

6-Easy-Baby-Exercises-for-your-Babys-Workout

Eratkan hubungan bersama bayi anda sambil membina otot yang diperlukan oleh mereka untuk berjalan dan merangkak

1. Luruslah wahai anak!

Adakah bayi baru lahir anda mengerekot atau membulatkan diri seperti bola? Semua bayi berbuat demikian kerana mereka berada di posisi tersebut di dalam rahim selama 9 bulan. Bayi anda akan lurus secara semulajadi tetapi anda boleh membantu menguatkan tulang belakang atas dan bawah serta meregangkan dada dan pinggang mereka.

Baringkan bayi anda di lantai dengan muka menghadap ke atas dan pegang betisnya dalam tangan anda. Bengkokkan kaki kanan bayi anda dan tolak lutut kaki kanannya ke dada sambil meluruskan kaki kiri ke bawah. Buat secara lembut dan lancar, dalam satu pergerakan yang berterusan, ulang pergerakan ini dengan kaki kiri bayi. Bertukar antara dua kaki dengan perlahan. Kemudian lajukan pergerakan, secara berterusan, seperti pergerakan mengayuh basikal. Akhiri sesi ini dengan menolak kedua-dua lututnya ke dada dan menarik kedua-dua kaki lurus dan ke bawah ke arah lantai beberapa kali.

2. Regangan Hebat!

Jika anda melihat bayi baru lahir anda menggerakkan kaki dan tangannya secara tidak terkawal, anda akan tahu bahawa mereka mempunyai kawalan yang terhad terhadap anggota badan mereka ketika usia tersebut. Tingkatkan kesedaran bayi terhadap anggota badannya dengan regangan ini.

Mulakan dengan bayi anda berbaring di belakangnya atau dalam posisi duduk yang disokong contohnya dalam kerusi berenjut. Secara perlahan-lahan gerakkan kaki anak anda keluar sedikit dan pusingkan lututnya dalam gerakan membulat, satu demi satu. Ini akan melincirkan sendi-sendi punggung yang penting untuk berdiri, berjalan dan berlari. Ulang pergerakan ini beberapa kali.

Seterusnya, galakkan anak anda untuk mencapai dan menggenggam ibu jari anda dengan jari jemari mereka. Berhati-hati luruskan lengan mereka ke sisi, dan lipatkannya ke arah dada mereka. Atasi rintangan dengan perlahan dan ulang senaman ini beberapa kali.

3. Bakal Peninju

Aksi menggenggam dan menumbuk dalam senaman yang menyeronokkan ini akan merangsang kemahiran motor halus dan kasar bayi anda.

Galakkan anak anda untuk menggenggam ibu jari anda dalam jemarinya. Apabila mereka dapat menggenggam dengan baik, perlahan-lahan bengkokkan dan luruskan lengan mereka. Sambil anak anda ‘menumbuk’, tambahkan bunyi pada aksi tersebut seperti mengatakan, “Tumbukan yang baik!”, “Tumbuk!”, “Bam!” “Pop!”. Lihat betapa gembiranya bayi anda dengan efek bunyi tersebut.

Anda boleh juga melakukan pergerakan ini dengan kaki bayi anda. Bengkokkan jari jemari kakinya, kemudian pegang dengan lembut kaki mereka dengan jari anda. Secara lembut buat gerakan mengayuh basikal dengan kaki mereka di udara seolah-olah mereka sedang tendang-tinju. Jangan lupa untuk menambah efek bunyi untuk setiap tendangan.

4. 3, 2, 1, Berlepas!

Berlepas seperti roket dengan senaman luar biasa ini untuk menguatkan otot belakang dan leher bayi.

Anda baring secara telentang dan letakkan bayi anda, muka ke bawah, ke atas dada. Kira dari belakang iaitu dari lima. Apabila sampai ke kiraan satu, sebut, “Berlepas!” dan naikkan bayi anda ke udara. Pegang bayi seperti ini akan menggalakkannya menggunakan otot leher untuk mengekalkan kepalanya ke atas.

Apabila anda menurunkan bayi anda ke dada, katakan, “(Nama bayi) turun mendarat. Misi tercapai!”

5. Bergolek-golek

Permainan ini menggalakkan bayi anda untuk bergolek dari sisi ke sisi.Baringkan bayi anda di sebelah anda di atas permukaan yang lembut dan letakkan mainan kegemaran mereka di salah satu sisinya. Katakan kepada bayi anda, “masa untuk bergolek, “supaya mereka tahu apa yang mereka akan buat. Golekkan bayi anda dengan perlahan ke satu sisi agar mereka boleh nampak mainannya, mencapainya dan bermain dengannya. Kemudian golekkan mereka ke sisi yang satu lagi agar mereka boleh nampak mainan satu lagi.

Apabila bayi anda sudah biasa dengan permainan ini, cuba angkat salah satu mainannya dan pegang atas mukanya. Gerakkan sedikit ke sisi dan galakkan bayi anda untuk mencapainya – berikan mainan itu jika mereka berjaya berguling. Pastikan kepala bayi anda di atas permukaan lembut yang selesa dan kepalanya disokong jika mereka mengangkatnya ke atas.

6. Jom Terbang

Baringkan bayi anda, muka ke bawah, atas depan tangan anda, betulkan kaki mereka agar kakinya menekan ke arah dada anda. Pegang bayi anda seolah-olah menerbangkannya di sekeliling bilik sambil berhati-hati menaikkan dan menurunkan lengan anda dan membuat bunyi seperti kapal terbang atau menyanyi Bintang, Bintang di Langit.

ARTIKEL YANG BERMINAT

3-tummy-time-workouts-your-baby-will-love
BayiI Bergerak 22/06/2020

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

Baby-Physical-Development-Ready-Set-Go-Your-Babys-on-the-Move
BayiI Bergerak 22/06/2020

Perkembagan Fizikal Bayi: Dari Berjalan ke Merangkak

Sebaik sahaja bayi anda mengambil langkah pertamanya merupakan detik yang anda nanti-nantikan sebaik sahaja anda membawa bayi anda pulang. Apa yang mungkin anda tidak tahu ialah bayi anda sedang berlatih berjalan sejak mereka lahir lagi.

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK