Jika anda suka bercuti, jangan biarkan bayi anda menghalang anda! Malahan, bercuti dengan bayi anda boleh menjadi pengalaman yang seronok dan berharga. Ia merupakan peluang yang terbaik untuk mengukuhkan ikatan bersama bayi anda. Apa yang perlu anda buat adalah memastikan yang anda sudah cukup bersedia untuk perjalanan yang lancar dan menyeronokkan. Untuk bermula, kami telah menyusun senarai barang yang perlu anda bawa bersama anda. Siapa tahu si bayi yang kecil ini memerlukan barang yang banyak ketika bercuti.
- Lampin
- Krim ruam lampin
- Tisu lembap
- Mainan bayi
- Baju Tambahan
- Selimut
- Lapik dada
- Beg plastik
- Set makan plastik
- Susu formula dan air
- Botol bayi tambahan
- Kit pertolongan cemas
- Termometer
- Ibuprofen bayi untuk melegakan demam dan kesakitan.
- Pelindung serangga yang selamat untuk kanak-kanak
- Kapas alkohol gosok
- Minyak antibiotik untuk luka dan calar
- Kain pembalut
- Kain kasa
- Gunting
- Pita pelekat
- Penggendong bayi atau pendukung bayi hadapan.
- Kereta tolak bayi yang boleh lipat
Lagi banyak lagi bagus. Pastikan anda mempunyai lampin yang mencukupi untuk kecemasan!
Untuk melegakan bayi anda daripada gatal-gatal kulit
Anda tidak akan mendapat akses tandas pada setiap masa, gunakan tisu lembap untuk memastikan bayi anda sentiasa bersih.
Pilih beberapa mainan kegemaran bayi anda untuk menghiburkan mereka.
Lagi banyak, lagi bagus, Tetapi 2-3 pakaian sehari adalah mencukupi.
Gunakan selimut untuk membaringkan bayi anda, meneduh bayi anda atau untuk mengelakkan bayi anda sejuk.
Untuk memastikan baju bayi anda bersih ketika waktu makan.
Sediakan beberapa dalam saiz berbeza untuk lampin dan baju kotor.
Ia sangat berguna apabila bayi anda bermula makan makanan pejal.
Jika anda memberikan susu badan, susu formula merupakan satu kaedah alternatif apabila tiada waktu yang bersesuaian untuk memberikan susu badan. Tambahan pula, berikan bayi anda air supaya mereka kekal hidrat.
Anda mungkin memerlukan botol tambahan untuk menyimpan susu atau air.
Berikut adalah barang-barang yang penting untuk merawat luka-luka kecil atau jika bayi anda tidak sihat:
Cara bebas tangan untuk membawa bayi anda di kawasan sesak.
Jika anda bercadang untuk banyak berjalan, gunakan kereta tolak bayi untuk bayi anda.