Semua kategori
Penjagaan kulit bayi
Penyusuan Susu Ibu
Berpantang
Panduan penggunaan lampin
Ambil tahu - bayi baru lahir
Penjagaan selepas kehamilan
Waktu tidur
Vaksinasi

Bagaimana untuk Mencegah dan Merawat Ruam Lampin

How-to-prevent-and-treat-diaper-rash

Kulit bayi anda sensitif – terutama dibahagian punggung mereka. Kombinasi kulit bayi anda yang lembut dengan persekitaran lampin yang panas dan lembap boleh menyebabkan simptom ruam lampin yang berbintik merah dan merengsangkan, yang boleh membimbangkan anda serta membuat bayi anda berasa sangat tidak selesa.

Bayi anda akan memakai lampin untuk jangkamasa yang lama dan adalah sangat penting untuk anda mengetahui bagaimana menjaga kulit lembut bayi bagi mencegah ruam lampin sebelum ia terjadi.

Pencegahan

Tindakan terbaik untuk mengelakkan ruam lampin terbentuk ialah pastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih.  

  • Pastikan anda kerap menukar lampin bayi supaya kulit bayi tidak basah. 

  • Basuh punggung mereka dengan air suam, atau gunakan tisu pelembap bayi yang bebas daripada alkohol, atau bebola kapas yang direndam di dalam air suam.

  • Lap kering dengan perlahan-lahan – jangan gosok kulit bayi anda.

  • Biarkan punggung bayi anda kering dengan sendirinya dan cuba untuk tidak memakai lampin buat seketika.

  • Pastikan anda menggunakan lampin yang bersaiz betul di mana ia tidak terlalu ketat dan mempunyai penyerapan yang mencukupi bagi umur mereka.

  • Singkirkan bahan berpotensi alergen seperti wangian tambahan daripada losen atau minyak. Sebaliknya, gunakan krim berasaskan zink oksida untuk menghasilkan pelindung di antara kulit bayi anda dan lembapan.

  • Jika bayi anda sedang mengambil antibiotik, tanya doktor anda tentang pemberian suplemen probiotik ketika waktu rawatan untuk mencegah jangkitan yis.

Penyebab

Perubahan dalam diet bayi, atau pada ibu yang sedang menyusu bayi, boleh menyebabkan ruam lampin daripada kandungan yang berbeza di dalam najis bayi. Sering kali ruam lampin bayi terjadi daripada pengenalan kepada makanan pejal, yang boleh menambahkan jumlah najis yang terhasil 

Simpan diari makanan ketika anda sedang memperkenalkan makanan baharu satu demi satu dan pastikan anda memeriksa kulit bayi sekiranya ada tanda-tanda ruam pada 3 hari pertama setiap pengenalan makanan baharu.

Antibiotik, produk kulit baharu, dan selang masa yang lama antara gantian lampin boleh juga menyebabkan ruam lampin.    

Rawatan

Jika terjadinya ruam lampin, rawatan terbaik adalah untuk mulakan langkah-langkah pencegahan dan pastikan kulit bayi anda sentiasa kering. Jika krim yang dibeli sendiri tidak membantu, dan kulit bayi anda tidak pulih dalam beberapa hari, anda perlu berjumpa dengan doktor dan beliau mungkin akan memberi krim anti-kulat atau hidrokortison. Jangan sapukan krim yang mempunyai steroid tanpa berbincang dengan doktor anda. 

Mengikuti langkah-langkah pencegahan yang bertujuan untuk mengurangkan kelembapan dan pendedahan kepada perengsa sudah pasti dapat menghindari ruam lampin. Walaubagaimanapun, ruam lampin masih boleh terjadi kepada kulit bayi yang ibu bapanya atau penjaga yang sentiasa berjaga-jaga. Pastikan anda merawatnya secepat mungkin dan kulit bayi anda akan pulih dengan cepat.

 

ARTIKEL YANG BERMINAT

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

The-benefits-of-breastfeeding
Bayi Baru Lahir 01/07/2020

Manfaat Menyusu Badan

Seperti ibu-ibu lain, kami pasti anda juga sentiasa membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk bayi anda, walaupun anda terpaksa berhadapan dengan dugaan.

3-tummy-time-workouts-your-baby-will-love
Moving Baby 22/06/2020

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK