Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa pada minggu pertama menjadi ibu bapa. Beberapa contoh adalah rawatan selepas kelahiran, penyusuan susu badan, dan menenangkan bayi anda. Kekurangan tidur boleh memenatkan anda, tidak berupaya untuk berfikir dengan jelas dan menjadi sangat beremosi. Disebabkan pelbagai cabaran, bermesra dengan bayi anda boleh mengambil masa yang lebih lama daripada anda jangkakan.
Selain membiasakan diri dengan bayi anda, anda juga mungkin sedang membiasakan diri anda dengan penampilan dan perasaan tentang penampilan anda, sambil mencari masa untuk membuat benda-benda lain sambil juga memenuhi keperluan bayi anda.
Menguruskan nasihat daripada orang lain dan menyesuaikan diri dengan perubahan dinamik keluarga bukan sahaja dengan pasangan anda, tetapi juga dengan kaum keluarga dari kedua belah pihak dan rakan-rakan anda juga boleh mengambil masa yang lama dan kadang-kala boleh menyebabkan perselisihan dan tekanan.
Ini hanyalah beberapa masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu, namun sering-kali wanita tidak mendapatkan bantuan praktikal dan/atau emosi awal, oleh itu impak tekanan berikut membina dari semasa ke semasa, meletakkan anda dan pasangan anda dan juga bayi anda di bawah tekanan yang lebih berat.
Terdapat pelbagai panduan dan strategi yang boleh membantu anda pada masa ini. Ini boleh merangkumi:
- Meluangkan masa untuk diri anda dan memastikan keperluan diri anda dipenuhi.
- Mempertimbangkan sokongan yang anda boleh dapat – untuk kedua-dua sokongan praktikal dan emosi
- masa apabila anda berasa hendak berputus asa – contohnya meletakkan bayi anda di tempat yang selamat dan meluangkan masa untuk menenangkan diri anda
- Menyedari perasaan anda dan berapa lama anda berperasaan demikian. Tekanan selalunya berjangka pendek dan akan hilang apabila keadaan sudah reda, tetapi jika anda berasa simptom atau perasaan ini berterusan, ini mungkin merupakan tanda-tanda masalah kesihatan mental.