Semua kategori
Penjagaan kulit bayi
Penyusuan Susu Ibu
Berpantang
Panduan penggunaan lampin
Ambil tahu - bayi baru lahir
Penjagaan selepas kehamilan
Waktu tidur
Vaksinasi

Cara Asas Mendukung Bayi Anda

The-Basics-of-Carrying-Your-Newborn

Mendukung bayi anda yang baru lahir mungkin sedikit menakutkan

Ketika hamil, rahim anda memberikan persekitaran yang selamat dan selesa buat permata hati anda.

Jadi ia tidak hairanlah pada saat bayi anda dilahirkan, dia mahu dipeluk erat. Sentuhan kulit ke kulit adalah sangat penting untuk menghangatkan bayi anda dan membantu mengawal pernafasannya, dan juga untuk menenangkannya.

Mendukung dan memegang bayi yang sangat kecil mungkin agak menakutkan bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu bapa, tetapi jika anda meluangkan hanya sedikit masa untuk memegang erat bayi anda dan mengenalinya, anda mungkin akan berasa lebih yakin.

Ia adalah sangat penting untuk mempelajari cara mendukung bayi baru lahir anda dengan betul kerana bayi dilahirkan dengan belakang yang melekung, jadi tulang belakang mereka perlu diluruskan pada tempoh beberapa bulan seterusnya. Jika anda mendukung bayi anda dengan cara yang betul, ia dapat banyak membantu proses tersebut.

Ingatlah untuk membenarkan orang lain, seperti pasangan anda, untuk mendukung bayi baru lahir anda dengan kerap!

Membiasakan diri mendukung bayi anda

  • Sebelum mengangkat bayi anda, bercakaplah dengannya supaya dia menyedari kehadiran anda – sudah tentu anda tidak mahu mengejutkannya.
  • Sokong leher dan kepala mereka yang kecil dengan berhati-hati apabila anda mengangkatnya, dan pastikan kepalanya disokong setiap masa, walaupun anda hendak membaringkannya semula.
  • Jika bayi anda sedang bertiarap, selitkan lengan anda dengan perlahan di bawah dagu dan lehernya, dan tangan sebelah anda di pehanya. Sekarang anda boleh memusingkannya sambil mengekalkan sokongan.
  • Setelah anda mengangkat bayi anda, anda boleh mendukungnya ke mana-mana. Cara yang paling biasa untuk mendukung bayi baru lahir anda adalah dengan mendukungnya rapat di dada anda dan letakkan kepalanya di bahu anda. Pastikan anda menyokong lehernya dengan satu tangan, dan tangan sebelah lagi menyokong punggungnya.

Cara-cara lain untuk mendukung bayi anda

Terdapat lebih daripada satu cara untuk mendukung bayi anda, dan semakin dia membesar, semakin berkurang sokongan yang diperlukan untuk tulang belakangnya.

Sebaik sahaja bayi anda berusia 6 bulan, anda boleh mendukungnya dengan satu tangan, atau mendukungnya di dalam penggendong atau kerusi bayi.

Ia adalah amat penting untuk mendukung bayi anda dengan pelbagai cara yang berbeza untuk mengelakkan apa yang dikenali sebagai ‘plagiosefali’.

Ini merupakan satu keadaan di mana bayi anda mengalami ‘permukaan rata’ di kepalanya – jika dia berada di kedudukan yang sama pada waktu yang berpanjangan (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK).

Tidak lama lagi, anda akan menjumpai cara mendukung yang terbaik untuk anda dan anak anda!

Berikut merupakan cara yang pelbagai untuk mendukung bayi anda:

Tidurlah bayi

Dukung bayi anda di salah satu lekuk lengan anda, sedikit condong. Stabilkannya dengan bahagian bawah lengan anda dan tangan anda. Gunakan lengan sebelah anda untuk memberikan sokongan tambahan apabila diperlukan. Pegangan yang rapat dan selamat ini membenarkan anak anda melengkung seperti kedudukan janin dengan selesa. 

Colic cinch

Tiarapkan bayi anda di lengan anda, sisi kepalanya di tangan anda, lengan (dan kakinya) merentangi lengan anda seperti kapal terbang. Letakkan tangan sebelah anda di belakangnya. Anda juga boleh menggerakkan tangan anda ke atas dan ke bawah untuk memberikannya urutan perut. 

Helo dunia

Sokong belakangnya dengan menyandarkannya di dada anda dengan menyelitkan lengan anda di punggungnya dan tangan sebelah anda memeluk dadanya. Ini merupakan kedudukan yang terbaik untuk si bayi yang suka melihat dunia sekeliling mereka. 

Adakah anda tahu bahawa rata-rata bayi akan memerlukan 1057 perubahan lampin dalam 6 bulan pertama? Dapatkan promosi eksklusif dan sampel lampin percuma dengan menyertai Huggies Club sekarang!

 

Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh pakar. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan untuk sebarang persoalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, tidak mengendahkan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan perubatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kimberly-Clark tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. 

ARTIKEL YANG BERMINAT

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

The-benefits-of-breastfeeding
Bayi Baru Lahir 01/07/2020

Manfaat Menyusu Badan

Seperti ibu-ibu lain, kami pasti anda juga sentiasa membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk bayi anda, walaupun anda terpaksa berhadapan dengan dugaan.

3-tummy-time-workouts-your-baby-will-love
Moving Baby 22/06/2020

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK