Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 14 Minggu

14WeeksPregnantWhatToExpectjpg

Minggu ke-14 kehamilan adalah permulaan trimester yang kedua. Ini adalah berita baik untuk anda kerana trimester ini adalah tempoh paling selesa dalam keseluruhan tiga semester sepanjang kehamilan. Tiada lagi rasa mual dan keletihan. Jadi untuk beberapa minggu yang akan datang, badan anda akan menjadi lebih bertenaga.

 

Suhu badan meningkat adalah normal kerana jantung anda mengepam darah lebih banyak dan sel darah merah meningkat secara mendadak! Doktor biasanya akan memberikan ubat zat besi tetapi anda juga perlu mendapatkan zat besi dari sumber semula jadi untuk meningkatkan peredaran darah. Pastikan anda makan makanan yang tinggi dengan zat besi seperti sayuran hijau berdaun, daging merah dan bijirin.

Anda perasan tompok-tompok hitam timbul di bahagian pipi dan hidung dan rupanya seperti rama-rama? Ini boleh jadi estrogen (hormon) yang terangsang dan biasanya berlaku kalau anda mengambil pil pencegah kehamilan.

Sesetengah ibu ada yang mengalami rahim terbalik, di mana posisi uterus menghadap ke belakang daripada menghadap ke depan. Uterus akan kembali kepada posisi normal menghadap ke depan dalam tempoh trimester ini.

Tanda lain adalah anda akan kerap rasa perut kembung berbanding hari-hari lain. Ini adalah disebabkan oleh distenti usus. Perkara ini sangat normal dan anda tak perlu risau. Perut akan kurang kembung setiap lepas buang air besar.

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • Kelopak mata bayi terhasil
  • Leher terbentuk dengan lebih ketara
  • Pergerakan di muka seperti mengerutkan dahi
  • Kalau hamil dengan pasangan kembar, anda boleh melihatnya menggunakan ultra bunyi dalam tempoh ini

 

Mata bayi anda sudah lengkap terbentuk tetapi masih belum cukup kuat dan sangat sensitif. Rambut juga akan mula tumbuh di kepala. Bila anda buat ujian ultra bunyi, kepala bayi posisinya di hampir dengan dada tetapi sekarang lehernya lebih ketara dan bahagian dagu juga lebih jelas. Paling comel, bayi anda juga akan mengerutkan dahi, mengenyitkan mata dan membuat bermacam reaksi lagi di bahagian muka. Si Manja juga akan bergerak bagaikan melompat-lompat, tetapi kebiasaannya anda tak akan rasa, melainkan anda pernah hamil sebelum ini dan boleh membezakan jenis-jenis pergerakan.

Ambil kuantiti buah-buahan dan sayuran yang banyak pada peringkat ini supaya keperluan serat untuk badan anda mencukupi. Pastikan juga anda meminum air yang secukupnya untuk mencerna serat-serat yang diambil, dan dinasihatkan juga untuk bersenam dari saat ini.

Sila lakukan senaman lantai pelvis sekerap yang boleh untuk menguatkan otot lantai pelvis. Kerana otot yang kuat boleh menampung berat uterus yang semakin bertambah, sekaligus mengelakkan sebarang komplikasi. Tetapi pastikan anda mendapat panduan senaman kehamilan yang betul daripada pakar. Jangan terkejut kalau anda tiba-tiba ingin menangis tanpa sebab, kerana perubahan angin atau mood swing adalah sangat normal. Sekarang anda lebih selesa dengan kehamilan dan tak lagi risaukan tentang perkara negatif seperti keguguran.

Trimester kedua ini juga adalah waktu paling sesuai untuk beristirehat sebab anda masih bertenaga untuk berseronok. Jadi jangan fikir lama-lama, terus pilih destinasi dan pergi bercuti!

Jangan terlalu fikirkan tentang mahu kurangkan berat badan. Hanya fokus untuk kekal sihat dengan snek yang sihat!

  

Jantung bayi hanya akan mula berdenyut pada semester kedua!

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

Attention-Seeking
Kanak-kanak 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK