Bayi semakin aktif dan bertenaga pada minggu ke-29 dan personaliti bayi mereka boleh dikenal pasti melalui pergerakan. Melalui setiap tendangan dan hayunan tangan, mungkin anak anda adalah seorang penari… atau mungkin seorang pelari pecut!
Saluran pernafasan bayi semakin matang di peringkat ini, dengan bilangan struktur seakan pokok, bronkiol dan alveoli yang bertambah. Katakan anda bersalin tidak cukup bulan, nyawa bayi tetap panjang kalau organ-organ ini sudah terbentuk. Kedudukan sebenar bayi atau arah mana mereka menghadap memang agak sukar untuk ditentukan oleh doktor kerana bahagian kepala yang lebih kurang sama dengan bahagian pinggul, tambahan lagi bayi sering bergerak-gerak.
Ramai wanita akan perasan suhu badan yang meningkat ketika semester ketiga. Anda akan rasa bahang dan ingin gunakan penghawa dingin sementara orang lain tidak rasa panas langsung. Anda juga akan menampung berat yang bertambah dan bergantung pada posisi bayi di dalam perut, tekanan berlebihan akan dirasakan di beberapa bahagian badan. Otot dan sendi yang semakin lembut dan kurang tegang kerana mahu bersedia untuk bersalin juga membuat ia senang membengkak disebabkan berat tambahan. Saiz bayi yang semakin berkembang, ditambah lagi dengan pergerakan aktif, boleh menyumbang kepada tekanan pada sistem penghadaman anda.
- Anda perlu buat ujian darah untuk tentukan tahap darah atau sama ada anda perlukan tambahan zat besi. Buat juga ujian kumpulan darah, saringan antibodi dan senaman lantai pelvis.
- Anggap otot-otot anda sebagai satu sistem sokongan yang menyokong semua orang penting dan tisu di bahagian pelvis. Pundi kencing, rektum, faraj, serviks dan rahim perlukan bantuan untuk kekal berada di kedudukan masing secara selamat.
- Bahagian belakang badan terdedah pada risiko sakit. Untuk melawan berat dan beban yang bertambah di bahagian depan badan, belakang badan akan melengkung ke dalam secara automatik. Sekaligus menyebabkan kaki anda berjarakan untuk seimbangkan badan, dan anda akan nampak sedikit kengkang ketika berjalan.