Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 33 Minggu

33WeeksPregnantWhatToExpectjpg

Kehamilan Di Minggu Ke-33 | Huggies Malaysia

Anda hampir berjaya! Hanya beberapa minggu saja lagi dan anda akan dapat tidurkan Si Manja dalam dakapan. Bila tiba masanya, banyakkan bertenang, bernafas secara normal dan berehat.

Ada kebarangkalian bayi perlu diberikan bantuan pernafasan kalau anda bersalin minggu ini, tetapi ini jarang berlaku. Tubuh kecil bayi menghasilkan cecair surfaktan yang membantu untuk saluran pernafasan sentiasa terbuka dan mengelakkan bayi lemas. Anda biasanya akan diberikan suntikan kortison kalau ada tanda-tanda bersalin awal, kerana suntikan ini membantu paru-paru bayi untuk menjadi matang.

Bayi “berendam” di dalam mandian steril dan hangat yang terdiri daripada 1 liter cecair amnion. Jumlah cecair amnion adalah penanda betapa sihatnya keadaan buah pinggang bayi. Dalam peringkat kehamilan ini, sepatutnya sebanyak 500ml cecair amnion dihasilkan setiap hari.

Perubahan yang dilalui oleh bayi anda

  • Kebocoran air kencing atau “inkontinens” selalu dialami oleh wanita yang pernah mengandung. Semasa anda gelak, bersin, batuk atau mengangkat objek berat, sejumlah kecil air kencing boleh bocor keluar dari pundi kencing.

     

  • Bayi akan menolak perut dan usus lari dari posisi asal. Ini bermakna makanan yang anda makan tidak akan hadam cepat seperti normal. Dapatkan nasihat doktor tentang antasid yang selamat dimakan ketika hamil.

     

  • Kontraksi Braxton Hicks adalah kontraksi uterus tak menyakitkan, dan juga merupakan cara semula jadi badan berlatih untuk bersalin. Ia juga membantu peredaran oksigen di dalam darah kepada plasenta. Anda tidak perlu risau melainkan kontraksi ini membuat anda rasa sakit, jadi terlalu kerap atau faraj anda kehilangan cecair. Hanya dengan menukar posisi duduk atau mandi air suam boleh menghentikan simptom-simptom yang disebut tadi.

     

Tips untuk minggu ini

  • Rasa sayang terhadap binatang peliharaan biasanya akan berubah apabila pasangan menjadi ibu bapa. Anda pasti mahu elakkan risiko binatang peliharaan terabai kerana mahu fokus menjaga bayi. Pastikan pintu bilik tidur bayi ditutup rapat supaya kucing tidak masuk dan tidur di dalam katil bayi.

     

  • Jangan risau kalau anda rasa tak menikmati saat-saat kehamilan. Perkara ini adalah normal di kalangan wanita, tetapi jarang dibincangkan.

     

Tahukah Anda - Mengandung 33 Minggu | Huggies Malaysia

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

Attention-Seeking
Toddler 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK