Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Cara dapat bayi kembar

How-to-have-twins

Cara dapat bayi kembar

Semua orang mempunyai pendapat berbeza tentang bayi kembar. Ada yang berfikiran terbuka untuk membesarkan bayi kembar, dan ada juga yang merasakan sebaliknya. Konsep dan pemahaman anda terhadap realiti pastinya berbeza sekiranya anda adalah salah seorang daripada pasangan kembar atau mempunyai adik-beradik kembar.

Adakah kembar biasa berlaku?

Kita berkemungkinan mempunyai banyak kehamilan berkembar tanpa kita sedari, menurut pakar pembiakan. Melalui teknologi canggih, terdapat penemuan yang menunjukkan lebih dari satu embrio disenyawakan dan melekat pada dinding uterus, tetapi hanya satu sahaja yang kekal hidup dan berkembang.

Bagaimana bayi kembar terhasil?

Amat penting untuk anda faham proses pembentukan bayi kembar, sekiranya anda merancang untuk meningkatkan peluang mendapatkan bayi kembar.

Ada dua jenis kembar: seiras dan tidak seiras. Kembar seiras atau kembar monozigot, apabila satu telur bersenyawa dengan satu sperma, tetapi membahagi menjadi dua embrio. Kedua-duanya berkongsi komponen genetik dan struktur genetik yang sama, termasuk berkongsi satu plasenta.

Kembar tak seiras atau kembar dizigot pula terjadi bila dua telur berlainan bersenyawa dengan dua sperma berlainan. Pasangan kembar ini mempunyai komposisi genetik masing-masing, bagaikan adik-beradik normal hasil daripada hubungan ibu bapa yang sama. Setiap bayi tidak seiras mempunyai plasenta berbeza.

Nama lain bagi kembar tidak seiras adalah fraternal; manakala bukan-fraternal bagi kembar seiras.

Bagaimana dengan kembar di dalam keturunan?

Faktor kembar di dalam keturunan juga memainkan peranan. Tetapi ianya hanya boleh dikatakan bagi pihak keluarga ibu. Sejarah keturunan pihak keluarga ibu mempunyai pengaruh dalam membuatkan ibu berovulasi secara hiper.

Mana-mana wanita boleh mendapatkan kembar seiras atau tak seiras tanpa dipengaruhi sejarah keturunan.

Apakah kebarangkalian untuk dapat bayi kembar?

Purata bayi kembar terjadi secara semula jadi adalah sekali dalam lapan puluh sembilan kelahiran. Majoriti kembar yang dilahirkan adalah kembar tak seiras yang disenyawakan oleh dua telur berbeza.

Ada kembar fraternal yang nampak seakan serupa; ada juga yang berkongsi sedikit ciri-ciri fizikal dan ada juga yang tidak nampak serupa langsung.

Apa yang boleh membantu dapatkan bayi kembar?

  • Umur yang lebih tua boleh membantu. Secara semula jadi, wanita akan melepaskan lebih daripada satu telur setiap bulan apabila memasuki fasa peri-menopaus. Peningkatan estrogen dalam badan adalah penyebab ia terjadi. Wanita berumur 35 tahun ke atas lebih cenderung untuk mendapatkan bayi kembar, menurut ujikaji kesuburan. Tetapi hanya kembar tidak seiras yang akan dihasilkan dalam kes ini.
  • Pensenyawaan in vitro atau ubat kesuburan adalah contoh bantuan kesuburan yang boleh diambil. Kaedah-kaedah ini boleh merangsang ovari untuk menampung lebih daripada satu folikel ovari setiap bulan sehingga tempoh matang. Keputusannya, lebih daripada satu telur akan dilepaskan.
  • Pilih genetik anda dengan cermat. Bunyinya seperti mustahil, tetapi jika kembar tak seiras biasa terjadi di dalam sejarah keluarga anda, tinggi kebarangkalian dan peluang untuk anda sendiri mendapatkannya. Kembar seiras pula boleh terjadi dalam mana-mana keluarga.
  • Pernah hamil sebelum ini. Peratusan kebarangkalian lebih tinggi bagi wanita yang pernah melahirkan satu atau dua orang bayi.
  • Keluarga yang besar. Teori ini berdasarkan kiraan matematik; lebih banyak bayi anda lahirkan, lebih tinggi peluang untuk mensenyawakan lebih dari seorang bayi.
  • Cuba untuk hamil ketika anda menggunakan pil perancang kehamilan. Bunyinya agak susah, tetapi ada peluang untuk wanita hamil dengan bayi kembar walaupun mengambil pil perancang.
  • Selepas berhenti mengambil pil perancang, terus cuba untuk hamil. Mengikut teori, badan wanita akan melalui fasa penyesuaian hormon pada beberapa kitaran haid pertama.
  • Peluang untuk dapat anak kembar juga tinggi bagi wanita yang pernah melahirkan anak kembar sebelum ini.
  • Tambahkan sedikit berat badan agar dapat indeks jisim tubuh (BMI) yang lebih tinggi. Wanita yang mempunyai BMI lebih daripada 30 mempunyai peluang lebih cerah menurut beberapa penyelidik. Tetapi kaedah ini tidak berapa digalakkan kerana wanita yang melebihi umur 30 dengan BMI boleh dikira sebagai kategori obes/berat badan berlebihan. Tahap umur yang diketahui sebagai sihat ketika waktu subur adalah 20-25.
  • Wanita yang lebih tinggi mempunyai peluang yang lebih tinggi.
  • Tambah pengambilan asid folik sebulan sebelum mula melakukan hubungan intim secara aktif bagi mendapatkan anak.
  • Galakkan pasangan anda untuk makan tiram, kerana ia dipercayai sebagai sumber afrodisiak mengikut mitos urban. Tetapi dakwaan ini ada asasnya kerana tiram mengandungi zink yang tinggi, sesuai untuk penghasilan sperma. Satu telur atau lebih boleh disenyawakan dengan mudah oleh sperma yang sihat dan aktif. Sumber zink yang lain adalah seperti sayuran berdaun hijau, bijirin, roti, bijian dan germa gandum. Jika ingin mengambil zink tambahan dalam bentuk pil, jumlah yang perlu diambil dalam tempoh subur ialah sebanyak 14mg/sehari.
  • Para ibu yang merupakan seorang kembar mempunyai peluang tinggi untuk melahirkan bayi kembar. Tetapi hanya gen daripada sebelah ibu sahaja yang memainkan peranan. Gen bapa mungkin diturunkan kepada bayi perempuan yang boleh mendapatkan bayi kembar di masa hadapan.
  • Banyakkan makan keladi/keledek. Terdapat fakta mengatakan komponen kimia di dalam keladi menyokong fungsi ovari, dan wanita yang mengamalkan diet tinggi dengan keladi/keledek berpeluang untuk melahirkan bayi kembar.
  • Berikan susu ibu secara berterusan kepada anak kecil atau bayi yang lebih tua. Peluang lebih tinggi bagi wanita yang menghasilkan prolaktin dan susu ibu. Tetapi ini adalah kes terpencil, kerana kitaran haid dan waktu ovulasi akan menjadi kurang normal bagi wanita yang memberikan susu ibu.

Apa yang fakta dan apa yang auta?

  • Teori mengatakan bayi kembar hanya boleh dikandung selang setiap satu generasi adalah tidak benar. Walaupun perkara ini mungkin boleh berlaku, sebenarnya kebarangkalian bagi semua wanita adalah sama rata.
  • Amalkan diet yang tinggi dengan makanan tenusu, seperti susu dan daging. Walaupun tiada bukti saintifik untuk menyokong, kaedah ini dikatakan dapat membantu terutamanya sewaktu ovulasi.
  • Tiada bukti saintifik yang mengatakan terapi alternatif boleh membantu. Contohnya terapi seperti akupunktur, naturopati, aromaterapi, kiropraktik atau intipati bunga.

Sertai komuniti Huggies (jika anda belum!). Menjadi ibu merupakan fasa baru dalam hidup anda, jadi anda ingin mencari komuniti ibu baru yang dapat menempuh perjalanan bersama anda. Petua kehamilan, petua keibubapaan dan sampel lampin percuma yang dikongsi di platform Huggies Club dapat memastikan anda juga bersedia untuk anak anda yang baru lahir.

“Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah bagi tujuan perkongsian maklumat dan bukan untuk digunakan sebagai nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perihal perubata, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pun pengamal perubatan berkelayakan. Maklumat di dalam laman ini tidak bermakna anda perlu berhenti daripada mengambil ubatan atau nasihat yang telah disyorkan, termasuk juga melengah-lengahkan daripada mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor. Kimberly-Clark dikecualikan daripada sebarang tuntutan liabiliti atau tanggungjawab, kesilapan atau ketinggalan di dalam laman ini, dan boleh meminda bahan pada bila-bila masa tanpa notis, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.”


ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

Attention-Seeking
Kanak-kanak 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK