Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Tahap hCG – Hormon Kehamilan

hCGLevelsPregnancyHormonesjpg

Tahap hCG – Hormon Kehamilan

Apakah itu carta tahap hCG? Kalau anda pernah mendapatkan rawatan bantuan kesuburan atau pernah berbual dengan pakar kesuburan, pasti anda pernah dengar tentang terma ini. Jangan risau, anda bakal tahu lebih lanjut dengan membaca artikel ini. hCG bermaksud hormon gonadotrofin korion manusia. Jika tidak hamil, topik ini mungkin tidak begitu menarik untuk anda. Tetapi ianya adalah penting bagi wanita hamil, kerana hCG adalah hormon yang spesifik di dalam tempoh kehamilan.

hCG merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk semua simptom-simptom awal kehamilan, di mana ia membuatkan wanita di seluruh dunia tertanya-tanya sama ada mereka hamil atau tidak; kebanyakkan terjadi sebelum mereka melakukan ujian kehamilan. Rasa bengkak pada buah dada, emosi yang bercelaru, rasa mual dan letih – semuanya adalah disebabkan oleh tahap hCG yang meningkat di dalam badan.

Carta tahap hCG ketika kehamilan

Secara amnya, tahap hCG seseorang wanita naik dua kali ganda setiap 72 jam. Tahap hCG akan mencapai kemuncak pada 8-11 minggu pertama kehamilan dan kemudian akan kekal selaras pada dua trimester yang seterusnya. Sebab itulah pada trimester (3 bulan) pertama sewaktu kehamilan, simptom boleh menjadi lebih ketara dan kerap.

Tahap hCG berbeza di antara individu wanita dan jika mereka hamil dengan lebih daripada satu embrio. Bagaimana seseorang individu itu bertindak balas terhadap kehamilan dan bagaimana badannya memberikan reaksi, adalah sangat unik.

Tahap hCG mingguan dari tempoh haid terakhir:

3 minggu LMP 5 – 50 mIU/ml
4 minggu LMP 5 – 426 mIU/ml
5 minggu LMP 18 – 7,340 mIU/ml
6 minggu LMP 1,080 – 56,500 mIU/ml
7-8 minggu LMP 7, 650 – 229,000 mIU/ml
9-12 minggu LMP 25,700 – 288,000 mIU/ml
13-16 minggu LMP 13,300 – 254,000 mIU/ml
17-24 minggu LMP 4,060 – 165,400 mIU/ml
25-40 minggu LMP 3,640 – 117,000 mIU/ml
Wanita yang tidak hamil <5.0 mIU/ml
Wanita yang hamil Sebarang bacaan melebihi 25 mIU/ml dikira positif

N.B. Penting untuk diingatkan bahawa tujuan bacaan di atas adalah sebagai panduan sahaja. Ia bukan muktamad dan hanya aras tanda purata bacaan hCG. Setiap wanita dan kehamilan mereka adalah unik dan sesuatu yang dikatakan sebagai normal untuk satu individu, tidak semestinya sama untuk orang lain. Jika mempunyai sebarang keraguan tentang bacaan hCG milik anda, amat penting untuk mendapatkan kepastian daripada pakar kesihatan.

Apa yang menarik tentang hCG ialah jika bacaannya bermula dengan tinggi, ia tidak akan terus bertambah pada kadar yang sama. Lebih kurang 85% kehamilan normal, tahap hCG seorang wanita akan bertambah dua kali ganda setiap 48-72 jam. Bagi wanita yang mempunyai tahap hCG rendah di waktu permulaan, pertambahan bacaan boleh berlaku secara mendadak berbanding orang lain. Ianya bagaikan badan manusia secara semula jadi tahu bahawa kesihatan dan keselamatan embrio sangat bergantung kepada kepekatan hCG yang meningkat, tanpa perlu menunggu lama.

Dari mana asalnya hCG?

Sel yang menjadi plasenta adalah sel yang sama menghasilkan hCG. Sebelum terbentuk dengan lengkap, tisu plasenta peringkat awal akan menghantarkan maklumat kepada bahagian folikel ovari di mana telur akan dilepaskan. Bahagian ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan hormon estrogen dan progesteron, dan ianya dikenali dengan nama korpus luteum. Sebelum terbentuknya plasenta, hormon-hormon inilah yang bertanggungjawab untuk membina lapisan vaskular (berdarah) pada dinding uterus, di mana ianya akan menjaga embrio yang baru ingin berkembang. Tanpa pembetukan sel dan hormon-hormon ini, peluang untuk embrio kekal bernyawa adalah tipis. Wanita yang mengalami masalah kesuburan dan keguguran awal dijangka mempunyai kaitan dengan isu-isu fungsi corpus luteum.

Lama sebelum seorang wanita tahu tentang kehamilannya, peningkatan tahap hCG sudah boleh berlaku. Seminggu selepas telur dilepaskan dan disenyawakan oleh sperma, hCG akan mula dihasilkan. Seorang individu mungkin mengesyaki yang dirinya hamil dan mula melakukan kiraan, tetapi ianya terlalu awal untuk mendapatkan kepastian.

Bagaimana nak tahu jika saya menghasilkan hCG?

Di dalam air kencing dan darah seorang ibu hamil adalah di mana hCG boleh ditemui. Hormon inilah yang menentukan dua garisan positif pada kit ujian kehamilan. Pengesan hCG pada kit ujian kehamilan amatlah sensitif.

Tetapi anda tetap tidak dapat menentukan tahap sebenar hCG, walaupun selepas ujian dilakukan. Kit ujian kehamilan juga tidak dapat mengesan tahap hCG secara tepat, hanya kehadirannya sahaja, melainkan anda menerima bantuan kesuburan. Bagi pasangan yang mendapatkan bantuan konsepsi, pasti akan rasa sedikit gemuruh sekiranya anda tahu terdapat sedikit peningkatan pada tahap hCG.

Ingat, keputusan negatif ujian kehamilan juga boleh terjadi. Walaupun seorang wanita itu hamil, jika ujian dilakukan terlalu awal sebelum tahap hCG menjadi cukup pekat untuk dikesan, boleh memberikan keputusan negatif. Tetapi disebabkan kadar sensitif hCG yang tinggi, mustahil untuk mendapatkan keputusan positif yang tidak tepat.

Apa yang saya perlu tahu tentang hCG?

  • Kebanyakan wanita tidak tahu apakah bacaan individu hCG mereka atau betapa tinggi ia boleh capai.
  • Bacaan tahap hCG juga kadang-kala boleh jadi tidak tepat. Bacaan yang rendah juga membolehkan anda untuk dapat kehamilan yang sihat
  • Ramalan yang lebih tepat boleh didapati melalui ultrabunyi kehamilan berbanding bacaan hCG yang dilakuan berasingan.
  • Jika bacaan hCG dikira kurang daripada 5 mlU/ml, tidak cukup untuk mendapatkan keputusan kehamilan positif. Bacaan yang perlu didapatkan adalah lebih daripada 25 mlU/ml.
  • Seorang wanita boleh mengetahui tahap kehamilan yang tepat dengan menjalani pemeriksaan ultrabunyi transvaginal dan pembacaan tahap hCG secara serentak. Ultrabunyi transvaginal akan menunjukkan kantung gestasi apabila tahap hCG mencapai di antara 1,000-2,000 mlU/ml.
  • Bacaan hCG yang dilakukan berasingan tidak banyak membantu. Sesi ujian darah hCG selang beberapa hari dan perbandingan bacaan memberikan lebih banyak manfaat. Biasanya terdapat variasi dengan peningkatan bacaan mendadak, terutamanya pada beberapa minggu pertama kehamilan.
  • Tidak perlu tanda tarikh kehamilan daripada bacaan hCG. Kerana perkara yang dianggap “normal” adalah berbeza di antar setiap wanita.
  • Kekuatan, kepintaran atau jantina bayi tidak ditentukan oleh tahap hCG. Ia hanyalah penanda untuk mengetahui sama ada tahap hCG cukup tinggi untuk dikesan dan dibaca.

Apakah maksud hCG yang tinggi?

Ada beberapa sebab kenapa tahap hCG seseorang wanita amat tinggi. Tarikh kehamilan yang disalah kira, beberapa kehamilan serentak atau sesuatu yang jarang berlaku, iaitu kehamilan molar. Pihak penjagaan kesihatan biasanya mencadangkan ujian berulang selama 48-72 jam bagi menyemak perubahan tahap hCG.

Petua hCG

Tidak perlu risau tentang hCG kerana ianya adalah proses semula jadi. Jika anda terlalu fikirkan tentang tahap hCG, ia hanya akan mengundang rasa resah yang tak diinginkan.

Sangat disarankan untuk membuat ujian darah jika anda ingin tahu tahap hCG. Tahap hCG sentiasa berubah setiap masa, setiap hari, setiap minggu. Ingat – satu bacaan tahap hCG tidak memberikan maklumat lengkap; satu bacaan hanyalah untuk satu masa tertentu. Status kehamilan hanya boleh diketahui dengan lebih tepat melalui corak pembacaan dan tahap yang berbeza.

Anda hanya perlu mengekalkan kesihatan yang optimum dan jaga diri dengan baik. Bayi anda pasti membesar dengan sihat jika kesihatan anda terjaga. Yakin pada badan anda untuk menjalankan proses secara semula jadi kerana tahap hCG tidak boleh dikawal secara paksa.

Sertai komuniti Huggies (jika anda belum!). Menjadi ibu merupakan fasa baru dalam hidup anda, jadi anda ingin mencari komuniti ibu baru yang dapat menempuh perjalanan bersama anda. Petua kehamilanpetua keibubapaan dan sampel lampin percuma yang dikongsi di platform Huggies Club dapat memastikan anda juga bersedia untuk anak anda yang baru lahir.

Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh pakar. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan untuk sebarang persoalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, tidak mengendahkan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan perubatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kimberly-Clark tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

Attention-Seeking
Toddler 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK