Sebagai ibu bapa, kebahagiaan dalam diri kita boleh tercetus daripada perkara-perkara kecil seperti melihat bayi kita tersenyum, melihat mereka menghabiskan semua susu dalam botol, dan sudah tentu, saat apabila mereka telah bersedia untuk makan makanan pejal. Bayi tidak akan memberi isyarat palsu, justeru, anda tidak perlu bimbang kemungkinan anda tidak mengetahui sama ada mereka telah bersedia untuk makan makanan pejal atau tidak. Lazimnya, mereka akan mempamerkan isyarat kesediaan mereka dengan penuh gembira! Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petunjuk khusus yang boleh diperhatikan:
Mampu menegakkan kepala
Bayi anda akan mampu menegakkan kepalanya secara seimbang dan lurus.
Tiada lagi tindak balas penerobosan
Mereka tidak lagi menggunakan lidah untuk menolak makanan keluar dan akan menyimpan makanan pejal di dalam mulut mereka dan menelannya.
Mengunyah dengan sempurna
Mulut dan lidah bayi berkembang seiring dengan sistem penghadaman mereka. Apabila mereka mula belajar mengunyah dan menelan dengan sempurna, anda akan dapat perhatikan kurang lelehan air liur.
Penambahan berat
Bayi anda berkemungkinan besar telah bersedia untuk makan makanan pejal apabila berat badannya naik dua kali ganda berbanding semasa lahir.
Selera yang meningkat
Bayi anda masih lapar walaupun telah menyusu lapan hingga sepuluh kali sehari.
Sifat ingin tahu terhadap makanan dewasa
Anda akan dapat lihat bahawa setiap kali anda makan, bayi anda akan memerhatikan makanan anda dan melihat anda makan dengan penuh selera.