Semua kategori
Penjagaan kulit bayi
Penyusuan Susu Ibu
Berpantang
Panduan penggunaan lampin
Ambil tahu - bayi baru lahir
Penjagaan selepas kehamilan
Waktu tidur
Vaksinasi

5 cara mudah untuk mengelakkan ruam lampin

5-Easy-Ways-to-Prevent-Diaper-Rash

Selamatkan bayi anda daripada kesakitan dan kerengsaan ruam lampin dengan beberapa cara mudah ini.

Jika anda pernah mengalami ruam, anda tahu betapa tidak selesanya keadaan ini. Jadi cuba anda bayangkan betapa teruknya untuk bayi anda dengan kulit mereka yang sensitif. Daripada anda mencuba untuk merawat kulit bayi anda yang merah, gatal dan terengsa yang akan membuat bayi anda lebih meragam dan menderita, lebih baik anda atasi ruam ini dari awal dengan cara-cara mudah ini untuk mengelakkan ruam lampin.

Apa penyebabnya?

Ruam lampin selalunya disebabkan oleh kombinasi tiga perkara – kelembapan pada kulit bayi anda, kekurangan pengudaraan di dalam lampin dan kehadiran pelbagai perengsa, seperti bakteria daripada air kencing dan najis atau bahan-bahan dalam lampin, tisu lembap bayi, sabun cuci baju, sabun mandi dan losen. Jadi ia sangat penting untuk memastikan punggung bayi anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kering. Ia juga sangat membantu jika produk yang anda gunakan tidak mempunyai perengsa.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan ruam lampin.

1. Tukar lampin dengan kerap

Lampin Huggies® telah terbukti secara klinikal untuk mengelakkan ruam lampin. Lampin kami direka untuk segera menyerap kelembapan dari kulit bayi anda, dan lapisan Air Fresh kami membenarkan aliran udara di dalam lampin. Kami telah menyingkirkan banyak faktor penyebab ruam yang kami boleh tetapi langkah yang paling penting adalah menukarkan lampin bayi anda dengan kerap. Kami cadangkan untuk tukarkan lampin setiap 2 jam atau sebaik sahaja selepas bayi anda membuang air besar, supaya kulit bayi anda tidak terdedah terlalu lama dengan perengsa.

2. Jauhi perengsa

Sabun dan losen mungkin mengandungi bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit bayi anda, terutama sekali semasa beberapa bulan pertama ketika kulit mereka sangat sensitif. Air suam dan bebola kapas atau tuala lembut adalah mencukupi untuk membersihkan punggung bayi anda. Atau gunakan produk kami yang tidak mempunyai alkohol atau, pewangi atau sabun, seperti tisu lembap bayi Huggies® Clean Care. Produk ini adalah semula jadi dan tidak mempunyai pewangi, alkohol atau sabun dan selamat secara klinikal untuk bayi yang baru lahir dan berkulit sensitif.

3. Dedahkan punggung bayi anda dengan kerap

Setiap kali anda menukar lampin bayi anda, lap punggung bayi anda dengan lembut sebelum memakaikan lampin yang baharu. Lebih baik lagi, biarkan kulit mereka kering dengan sendirinya apabila boleh. Letakkan pad kalis air, selimut atau tuala di lantai dan biarkan bayi anda bermain sementara menunggu punggung bayi anda kering.

4. Sapukan lapisan pelindung

Lapisan jeli petroleum atau zink oksida yang nipis menghalang lembapan dan perengsa daripada terkena kulit bayi anda yang sensitif. Sapukan sedikit pada beberapa kali tukaran lampin.

5. Longgarkannya

Jika lampin bayi anda terlalu ketat, ia akan melecetkan dan menyebabkan kerengsangan, jadi jangan pakaikannya terlalu ketat. Lampin Huggies® Ultra mempunyai ikatan pinggang yang boleh dilaraskan dengan Magic Tapes supaya bayi anda dapat memakainya dengan selesa.

Adakah anda tahu bahawa rata-rata bayi akan memerlukan 1057 perubahan lampin dalam 6 bulan pertama? Dapatkan promosi eksklusif dan sampel lampin percuma dengan menyertai Huggies Club sekarang!

 

Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh pakar. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan untuk sebarang persoalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, tidak mengendahkan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan perubatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kimberly-Clark tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. 

ARTIKEL YANG BERMINAT

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

The-benefits-of-breastfeeding
Bayi Baru Lahir 01/07/2020

Manfaat Menyusu Badan

Seperti ibu-ibu lain, kami pasti anda juga sentiasa membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk bayi anda, walaupun anda terpaksa berhadapan dengan dugaan.

3-tummy-time-workouts-your-baby-will-love
Moving Baby 22/06/2020

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK