Semua kategori
Penjagaan kulit bayi
Penyusuan Susu Ibu
Berpantang
Panduan penggunaan lampin
Ambil tahu - bayi baru lahir
Penjagaan selepas kehamilan
Waktu tidur
Vaksinasi

Cara Menghentikan & Menyamankan Bayi Dari Menangis

10-Unexpected-Ways-to-Soothe-a-Crying-Baby

Apa yang perlu anda buat jika bayi anda menangis tanpa sebarang sebab

Anda sudah memberi makan, menukarkan lampin, menyendawakan, memeluk, mendodoikan. Anda sudah pasti bayi anda tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, terlebih atau terkurang stimuli. Bayi anda tidak sakit, tidak selesa atau giginya sedang tumbuh. Tetapi bayi anda tidak mahu berhenti menangis. Apa yang boleh anda buat?

1. Berikan bayi anda sesuatu yang boleh dihisap

Menghisap membantu menstabilkan degupan jantung bayi anda, menenangkan perut mereka dan menenangkan anggota badan mereka yang tergapai-gapai. Berikan bayi anda puting atau biarkan mereka hisap jari anda. Gegelang gigit juga merupakan pilihan yang baik kerana ia sangat sukar untuk mengetahui bila gigi bayi anda akan tumbuh.

2. Muzik baik untuk jiwa anda

Mainkan muzik kegemaran anda dan menari di sekeliling ruang tamu anda atau nyanyikan lagu dodoi untuk bayi anda. Cuba mainkan pelbagai jenis lagu untuk lihat apa yang bayi anda suka.

3. Mainkan hingar putih (white noise)

Hidupkan pembersih vakum, pengering atau mesin basuh. Ia mungkin tidak menenangkan buat anda tetapi bunyian hingar putih yang mendatar ini dapat menenangkan bayi anda dengan menghalang gangguan bising lain yang mereka dengari.

4. Dapatkan udara segar

Kadang-kala hanya dengan memijak keluar ke balkoni dapat menghentikan tangisan bayi. Kadang-kala berjalan di sekitar perjiranan anda. Berjalan-jalan di luar rumah anda dan melihat dunia luar amat baik untuk anda dan bayi anda.

5. Mandikan bayi anda

Air suam sangat menenangkan dan anda boleh menambahkan lagi faktor ketenangan dengan menambahkan beberapa titik minyak lavender di dalam mandian air. Bunyi air yang mengalir juga dapat membantu menenangkan bayi anda.

6. Ubah cara anda mendukung bayi anda

Mendukung bayi pada sisinya atau pada perutnya sangat membantu kerana ia merupakan kedudukan mereka ketika di dalam rahim.

7. Berikan sentuhan kulit-ke-kulit

Sandarkan bayi anda pada badan anda dengan dada dan perut bersentuhan dengan anda. Ini menenangkan bayi anda dan mengukuhkan ikatan antara anda berdua.

8. Mengenjut-enjutkan, buai atau menggoyang-goyangkan

Mana-mana pergerakan berirama mungkin dapat menenangkan bayi anda yang sedang menangis. Semakin mereka gelisah, semakin laju anda patut bergerak.

9. Urutan sangat membantu

Bayi suka dipegang jadi urutan merupakan ritual yang menenangkan untuk anda berdua. Terutama sekali selepas dimandikan. Gunakan urutan yang panjang, lembut dan cuba losen atau minyak urut bayi yang berbeza.

10. Mengalah dan biarkan bayi anda

Jika bayi anda masih tidak dapat dipujuk dengan pelbagai usaha yang anda beri, letakkan mereka di tempat yang selamat, seperti katil tidur mereka, dan biarkan mereka selama 5-10 minit. Berikan masa untuk diri anda berehat, makan snek atau mengambil nafas yang panjang. Kadang-kala membiarkan bayi anda membantu menghentikan kitaran dan bayi anda menangis dengan lebih lama sebelum dia tidur dengan sendirinya. Jika itu juga tidak berjaya, waktu rehat yang singkat itu membuatkan anda kembali bersedia untuk mencuba benda lain.

ARTIKEL YANG BERMINAT

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

The-benefits-of-breastfeeding
Bayi Baru Lahir 01/07/2020

Manfaat Menyusu Badan

Seperti ibu-ibu lain, kami pasti anda juga sentiasa membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk bayi anda, walaupun anda terpaksa berhadapan dengan dugaan.

3-tummy-time-workouts-your-baby-will-love
Moving Baby 22/06/2020

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK