Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Senarai Semak Beg Hospital

Hospital-Bag-Checklist

Beg hospital adalah beg barangan keperluan yang dibawa bersama ke hospital apabila anda berasa sakit hendak bersalin dan sudah sampai masanya untuk melahirkan cahaya mata anda.

Beg tersebut perlu mengandungi barang-barang keperluan sebelum dan selepas anda bersalin, serta barangan lain yang boleh memberi keselesaan kepada anda selama berada di hospital.

Anda tidak mungkin mengetahui berapa lamakah tempoh anda akan berada di hospital kerana ia bergantung kepada proses kelahiran dan bersalin atau sekiranya ada sebarang komplikasi yang mungkin akan berlaku.

Anda juga tidak sepatutnya meminta suami anda keluar mendapatkan barang-barang yang tidak terlalu penting kerana pada masa itu beliau sepatutnya berada di sisi anda. Oleh itu, di sini kami sediakan satu senarai semak bagi barang-barang yang perlu anda bawa di dalam beg hospital sebelum anda bergerak ke sana.

Bila saya perlu sediakan beg hospital?

Anda sepatutnya telah mula merancang barang-barang yang perlu dimuatkan dalam beg hospital sebaik sahaja anda memasuki trimester ke-3. Walaupun tempoh keseluruhan kehamilan adalah selama 40 minggu, namun anda dianggap sudah sampai tempoh apabila mencapai 37 minggu, oleh itu beg hospital perlu dipastikan telah tersedia! Anda mungkin akan mula rasa sakit untuk bersalin pada bila-bila masa dan langkah terbaik adalah untuk bersedia terlebih dahulu supaya anda tidak akan tergopoh-gapah apabila masanya telah tiba.

Senarai semak barang keperluan dalam beg hospital

Terdapat barang-barang tertentu yang diperlukan oleh semua wanita dalam beg hospital mereka. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu teragak-agak untuk mengubah suai senarai semak ini mengikut apa yang anda fikir bakal diperlukan sepanjang tempoh anda berada di hospital nanti.

  • Sebarang dokumen hospital berkaitan kehamilan anda (seperti buku perancangan bersalin)

  • Kad pengenalan dan sebarang dokumen insurans anda

  • Kelengkapan peribadi sepanjang berada di hospital: ubat gigi, berus gigi, gel mandian, shampoo, kertas tandas (jika anda memerlukan jenis yang biasa anda guna) dan sekotak kertas tisu

  • CD muzik yang anda ingin mainkan dalam bilik bersalin

  • Snek, jus, gula-gula yang dibenarkan semasa sakit hendak bersalin

  • Tuala wanita untuk pendarahan selepas bersalin

  • Coli menyusu untuk menyusu badan

  • Pelapik payudara (jenis pakai buang untuk kemudahan)

  • Bantal untuk keselesaan

  • Pakaian dalam dan baju tidur untuk bermalam di hospital

  • Alat tulis untuk mengisi borang dan dokumentasi

  • Telefon bimbit dan peralatan elektronik lain jika anda ingin melayari Internet serta pengecasnya

  • Alat solek ringkas jika anda ingin kelihatan menarik semasa bergambar (tanpa sebarang sangkaan di sini!)

  • Pakaian untuk pulang ke rumah

Barangan untuk bayi

Kebanyakan barang yang bakal diperlukan oleh bayi anda akan disediakan oleh pihak hospital termasuk pakaian untuk beberapa hari pertama. Anda boleh membawa sepasang pakaian untuk dipakai semasa pulang ke rumah, dan sudah tentu, beberapa keping lampin pakai buang.

Bagaimana pula untuk Si Bapa?

Pasangan anda juga perlu membawa barang keperluannya sendiri untuk digunakan di hospital dalam beg hospital. Walaupun bukan beliau yang akan melahirkan, tetapi beliau juga perlu ada bersama untuk jangka masa tertentu. Proses pelahiran boleh mengambil masa sehingga 40 jam atau lebih, oleh itu beliau juga perlu membawa barang-barang yang diperlukan untuk digunakan sepanjang tempoh tersebut.

Barang-barang yang perlu dibawa oleh si bapa:

  • Snek seperti coklat granola yang boleh dimakan tanpa perlu ke kafeteria

  • Sebotol air yang boleh diisi semula di mesin penyejuk air

  • Sebuah iPad atau peranti hiburan mudah alih jika beliau perlu menunggu di lobi

  • Sehelai jaket nipis kerana keadaan hospital mungkin agak sejuk di waktu malam

  • Barangan dandanan diri dan sesalinan pakaian jika beliau ingin bermalam bersama ibu dan bayi

  • Sebuah kamera bagi merakamkan detik-detik gembira anda bersama bayi

Kami berharap senarai barangan keperluan untuk beg hospital ini dapat membantu anda apabila tiba masanya untuk anda menyediakan beg hospital anda sendiri. Semoga anda selamat melahirkan cahaya mata, bakal–bakal ibu sekalian

 

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

Attention-Seeking
Kanak-kanak 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK