Sekilas pandang di cermin, anda boleh lihat perubahan pada diri. Berat semakin bertambah dan penampilan juga berubah.
Bagi sesiapa yang guna kanta sentuh atau cermin mata, mata menjadi kering memang tak dapat dielakkan. Anda boleh gunakan ubat titis mata untuk atasi masalah ini atau pakai cermin mata hitam dengan EPF (Eye Protection Factor) kuasa 10.
Tanda regang kulit disebabkan oleh serat kolagen di dalam lapisan tengah kulit contohnya di bahagian dermis, lapisan tengah akan meregang dan koyak untuk memberi ruang kepada bentuk dan saiz badan yang berubah. Malangnya tiada ubat atau penawar untuk tanda regang kulit, tak kira apa jenis krim atau losyen pun yang anda guna.
Montgomery's Tubercles merembeskan pelincir berminyak yang memberi khasiat kepada puting dan mengekalkan kelembutan puting. Pastikan anda tidak terlalu kasar menggosok payudara semasa mandi.
Cuba kunyah gula-gula getah atau hisap gula-gula pudina untuk cuba kurangkan rembesan air liur berlebihan.
Cuba cari punca pening kepala. Biasanya boleh jadi akibat daripada pengambilan kafein, coklat, berada di ruang bercahaya terang, kurang minum air dan tahap gula dalam darah rendah sebab tidak makan dengan kerap. Dapatkan nasihat doktor sebelum anda ambil ubat tahan sakit.
Perubahan bayi dalam minggu ini
- Cap jari dan tapak kaki yang unik untuk setiap bayi mula terbentuk
- Berat bertambah sebanyak 170 gram setiap minggu pada peringkat ini, dengan berat keseluruhan 680 gram untuk minggu ini
- Bulu mata dan bulu kening mula tumbuh
- Deria rasa, sentuh, penglihatan dan pendengaran bayi mula matang supaya mereka boleh memberi reaksi kepada rangsangan suapan
Tulang yang berkembang, lemak dan otot yang terbentuk menyumbang kepada pertambahan berat bayi.
Saringan glukosa untuk diabetes gestasi biasanya dibuat di antara minggu kehamilan 24 dan 28.
Amalkan tabiat untuk angkat kaki dan letak di atas bangku kaki pada bila-bila masa, supaya pengumpulan dan kongesi darah boleh dielak.
Sesetengah wanita hamil akan perasan ada benjolan kecil (sekecil bulu roma naik) di sekeliling areola yang dipanggil Montgomery’s Tubercles. Ia mengeluarkan pelincir untuk puting dan membantu bayi ketika menyusu.