Pada peringkat ini, rahim anda perlu berkembang disebabkan saiz bayi yang semakin membesar dengan pantas. Tidak lama lagi, Si Manja akan keluar untuk bertemu dengan anda.
Aktiviti normal seperti bercakap di telefon, naik tangga, berjalan dengan laju pun boleh membuatkan anda rasa mengah. Elakkan membongkokkan dan amalkan postur badan yang elok supaya paru-paru anda mempunyai ruang yang cukup untuk berkembang.
Rasa gatal di bahagian perut adalah kerana serat kolagen pada bahagian tengah kulit yang meregang. Gunakan krim pelembab selepas mandi dan jangan mandi dengan air yang terlalu panas kerana kulit boleh menjadi kering.
Retensi air boleh menyebabkan carpal tunnel pada pergelangan tangan membengkak dan memberi tekanan pada saraf. Lakukan fisioterapi atau guna penganduh pergelangan tangan untuk mengurangkan risiko masalah ini.
Ada banyak punca sekiranya anda tidak boleh tidur malam. Fikiran yang kusut bila anda berfikir tentang terlalu banyak perkara sebelum tidur adalah salah satu sebab. Bila berjaga hingga larut malam pula boleh buatkan anda kerap rasa mahu buang air kecil. Paling penting sekali adalah anda perlu ada jadual tidur yang tetap dan elak daripada tidur siang supaya badan boleh fokus untuk rehat pada waktu malam.
Perubahan bayi dalam minggu ini
- Bayi kurang mengerekot dan panjang boleh diukur dari kepala ke kaki
- Panjang berukuran 38 sentimeter pada minggu ini dan lemak terus terbentuk di bawah kulit dan sekeliling organ penting
- Retina mata bayi semakin matang dan melalui perubahan, sambil mata dibuka dan ditutup yang berlaku sejak minggu lepas
- Bayi mula menghisap ibu hari secara aktif dan mengikut kemahuan sendiri tanpa paksaan oleh apa-apa faktor
- Bayi masih menghirup cecair amnion ke dalam paru-paru semasa bernafas dengan oksigen dibekalkan oleh plasenta
Setiap negeri mempunyai garis panduan berkenaan pengurusan dan simpanan darah tali pusat, jadi kami sarankan untuk anda dapatkan info lanjut secara awal.
Kalau berat anda tak bertambah ketika hamil, anda dan kandungan mungkin mengalami masalah. Dalam pada masa yang sama, perubahan pada diet juga boleh menyebabkan berat badan tak bertambah tetapi pengambilan nutrien masih mencukupi.