Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 39 Minggu

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg

Bila paru-paru bayi sudah cukup matang untuk berfungsi sendiri tanpa bantuan perubatan, bayi sudah bersedia untuk dilahirkan sekarang. Dari segi kematangan dan perkembangan, bayi sudah mempunyai segala kelengkapan memulakan kehidupan di luar rahim.

Otak bayi masih menghubungkan sistem saraf dan proses ini akan berterusan sehingga zaman kanak-kanak. Ambil peluang untuk berhubung dengan bayi ketika masih di dalam rahim dengan membaca buku, mendengarkan muzik sambil menyayi untuknya, dan ajak sekali pasangan anda untuk turut serta dalam aktiviti ini. Rangsangan awal ini boleh membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda bayi dari usia yang muda.

 Perubahan fizikal anda dalam minggu ini

Bulu halus akan muncul di bahagian muka, belakang badan dan juga di puting. Tiada masalah untuk anda cabut dan buang bulu-bulu ini kalau rasa tak selesa kerana ramai saja wanita hamil yang masih membuat temu janji pelilinan (waxing) dengan pendandan. Sebelum bersalin, ada juga wanita yang membuat pelilinan pada bahagian bulu pubis sebagai sebahagian daripada penjagaan kecantikan diri. Jangan risau, ia tidak memberi kesan pada bayi dalam kandungan.

Bentuk biji mata yang berubah berpunca daripada cairan ekstra yang beraliran di dalam badan akan membuatkan mata anda rasa gatal, bagaikan ada pasir di dalam mata. Air mata yang biasanya berfungsi sebagai pelincir biji mata kini tak boleh mengalir dalam badan seperti biasa, jadi ia akan keluar mengalir di pipi. Sedia tisu dan ubat titis mata bila anda rasa gatal yang teramat sangat.

Bayi masih menghasilkan lemak untuk disimpan di bawah kulit sebagai penebat ketika lahir. Bayi kecil masih belum mempunyai mekanisma pengawalan suhu yang matang di dalam otak, jadi ia bergantung pada otak untuk menjalankan penebat di lapisan lemak bawah kulit untuk mengawal suhu badan dan organ penting.

Tips untuk minggu ini

Kalau berpeluang, cuba untuk mandi dan berendam di dalam kolam renang. Anda boleh menikmati rasa badan yang kurang berat bila terapung di dalam air. Berendam dan berenang di dalam kolam boleh membantu mengurangkan suhu teras di dalam badan.

Luangkan masa dengan membaca buku, menonton filem, menelefon rakan-rakan dan menulis surat.

Hargai setiap temu janji antenatal yang akan datang kerana ramai wanita yang menjalinkan persahabatan dengan bidan atau doktor sepanjang tempoh beberapa bulan ini.

Masalah untuk tidur malam masih tidak berkurangan dalam tempoh ini, ditambah lagi dengan kekerapan untuk pergi ke tandas. Kalau anda dapat tidur di atas katil seorang diri, lemparkan bantal di seluruh permukaan tilam supaya dapat menyokong badan bila mengiring ke mana-mana arah.

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

38WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 38 Minggu

Semakin lanjut minggu, semakin kurang anda rasa selesa. Artikel kami padat dengan tips yang boleh membantu anda dalam minggu ini.

Attention-Seeking
Kanak-kanak 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK