Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Simptom Kehamilan Kembar

Happy pregnant belly

Simptom Kehamilan Kembar

Seorang ibu yang hamil buat pertama kali pasti pernah berfikir “Adakah saya hamil dengan bayi kembar?” Potensi untuk dapat bayi kembar sentiasa ada selagi bilangan embrio yang terbentuk di dalam uterus masih tidak diketahui.

Peluang untuk dapat bayi kembar lebih tinggi di kalangan wanita yang mempunyai sejarah dalam keturunan, wanita yang pernah melahirkan bayi kembar atau mereka yang mendapatkan rawatan bantuan kesuburan. Sesetengah rawatan bantuan kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian mendapat sebilangan kelahiran, dan biasanya diumumkan kepada pasangan pada peringkat awal rawatan.

Saya hamil anak kembar?

Ada wanita gembira apabila hamil anak kembar, ada juga wanita yang tidak begitu suka. Pengalaman peribadi, sejarah dan sokongan ketika kehamilan akan mempengaruhi persepsi anda.

Ia bukan berita yang mengejutkan bagi wanita yang tahu tentang risikonya, atau mempunyai sejarah di dalam keluarga biologi mereka. Tetapi bagi wanita yang tidak jangka untuk hamil dengan lebih daripada seorang bayi dalam masa yang sama, pasti akan rasa terkejut.

Diagnosis emosi yang normal di peringkat awal kehamilan bayi kembar adalah seperti rasa terkejut, bingung, tidak dapat menerima kenyataan dan juga rasa marah. Tetapi lambat laun, wanita akhirnya akan membuka minda dan hati mereka untuk menghadap realiti bahawa mereka akan melahirkan dua orang bayi.

Ada perbezaan hamil dengan bayi kembar?

Tidak ada banyak beza hamil dengan bayi kembar, melainkan ianya akan disedari lebih awal. Berbanding kehamilan normal, simptom-simptom kehamilan kembar akan dirasakan dengan lebih jelas.

Terdapat simptom-simptom “klasik” ketara yang menjurus kepada kehamilan kembar, walaupun setiap individu mempunyai kehamilan yang unik dan tersendiri. Semuanya berpunca daripada tahap hormon kehamilan yang meningkat dan menjadi lebih pekat, iaitu hormon hCG (gonadotrofin korion manusia). Fungsi utama hormon ini ialah memastikan embrio kekal sihat untuk terus berkembang.

Faktor-faktor kehamilan kembar terjadi

  • Wanita berumur 30 tahun ke atas.
  • Wanita yang melalui fasa peri-menopaus.
  • Wanita yang berfizikal tinggi.
  • Wanita yang mempunyai berat BMI (indeks jisim tubuh) >25.
  • Jika keluarga biologi (keluarga kandung) pernah melahirkan bayi kembar.
  • Jika anda menerima rawatan bantuan kesuburan.
  • Wanita yang pernah hamil sebelum ini.

Simptom kehamilan kembar

  • Ada wanita yang boleh merasakan yang mereka akan hamil dengan bayi kembar. Mereka mungkin bermimpi, terdetik di hati, atau mengalami visi sebelum sempat dapat kepastian daripada doktor.
  • Ada juga wanita yang diberitahu oleh pasangan, saudara mara atau ahli keluarga yang mereka hamil dengan bayi kembar, walaupun tiada bukti sahih tentang perkara ini.
  • Rasa mual yang teramat kuat sehingga hilang selera makan, melainkan makanan yang mudah dihadam.
  • Kurang toleransi terhadap makanan, bau, tekstur dan rupa sesuatu makanan. Terutamanya seperti daging, makanan laut, kopi dan teh.
  • Saiz uterus yang membesar lebih daripada normal yang menunjukkan ada dua embrio.
  • Rasa kurang selesa pada buah dada, bagaikan membengkak. Ada wanita yang terpaksa guna pakaian alternatif agar bahagian buah dada tidak rasa terlalu ketat.
  • Kerap ingin kencing. Ia salah satu simptom normal kehamilan, tetapi akan jadi lebih kerap sekiranya hamil dengan bayi kembar.
  • Keletihan yang lebih dirasai, berbanding keletihan sewaktu kehamilan normal.
  • Tahap hCG tinggi. Boleh dikesan menggunakan kit ujian kehamilan. Tahap yang tinggi boleh dikesan di dalam air kencing sebelum anda sedar telah terlepas haid. Tahap hCG juga boleh dikesan melalui ujian darah, bagi mereka yang menggunakan bantuan rawatan konsepsi.
  • Kekejangan uterus juga bakal dialami oleh beberapa wanita. Walaupun tiada pendarahan, simptom ini boleh dikaitkan dengan kesakitan pada ligamen bulat kerana uterus membesar secara mendadak.
  • Jantung bekerja lebih kuat. Wanita akan perasan denyutan nadi akan jadi lebih tinggi dari normal kerana jantung perlu mengepam dengan lebih banyak. Darah yang mengandungi oksigen perlu disalurkan kepada uterus.
  • Emosi tidak stabil. Sama seperti kehamilan normal, tetapi akan jadi lebih ekstrem.
  • Pergerakan bayi dalam kandungan boleh dirasakan dengan lebih awal. Pergerakan ini dikenali dengan nama gerakan pertama, dan ibu yang hamil dengan bayi kembar dapat merasakannya lebih awal berbanding tempoh normal, iaitu selepas 15-16 minggu.

Bagaimana untuk pastikan kehamilan kembar?

Kepastian 100% yang anda hamil dengan bayi kembar boleh dibuat melalui cara-cara berikut:

  • Ultrabunyi, di mana dua embrio boleh dilihat pada skrin.
  • Mendengar dua denyutan jantung yang berbeza melalui Doppler.
  • Ada juga kebarangkalian anda tidak tahu kewujudan bayi kembar tanpa perawatan masa hamil, sehinggalah bayi kembar itu dilahirkan.

Komplikasi kehamilan kembar

Risiko kehamilan secara keseluruhan akan meningkat dengan bayi kembar. Tetapi sekali lagi diingatkan, setiap kehamilan wanita adalah unik dan tak semestinya jika anda hamil bayi kembar, anda akan mengalami komplikasi.

  • Lahir tak cukup bulan – bayi lahir sebelum genap 38 minggu.
  • Bayi bersaiz kecil dan kurang berat ketika lahir – kerana dua bayi berkembang di dalam ruang sama.
  • Saiz bayi berlainan di antara satu sama lain. Normal untuk satu bayi bersaiz kecil kerana menerima kurang nutrien berbanding lagi satu bayi yang cukup nutrien.
  • Praeklampsia. Penting untuk anda pantau bacaan BP (tekanan darah) sewaktu hamil. Tanda-tanda lain praeklampsia adalah seperti pengekalan cecair dalam badan dan kehadiran protein dalam air kencing.
  • Diabetes kehamilan.

Ingat perkara berikut jika hamil dengan bayi kembar

  • Dapatkan perawatan kehamilan daripada pengamal dan pakar kesihatan secara kerap.
  • Berikan maklumat terperinci tentang diet anda kepada pakar diet, nescaya berbaloi untuk dapat nasihat dan cadangan mengenai nutrien yang diperlukan untuk badan.
  • Rehat dengan mencukupi. Badan anda memerlukan banyak tenaga untuk menyokong tumbesaran bayi kembar. Anda mungkin perlu untuk cuti atau berhenti kerja agar tidak terlalu membebankan badan, dan dapatkan bantuan lengkap di rumah.
  • Sesi ujian ultrabunyi secara kerap juga bagus jika hamil dengan bayi kembar.
  • Semak insurans kesihatan anda dan pastikan setakat mana anda dilindungi berkenaan kehamilan. Pertimbangkan untuk guna sistem kesihatan awam kerana bayi yang lahir tak cukup bulan akan memakan kos yang tinggi.
  • Bayi kembar berpeluang tinggi untuk dilahirkan dengan awal. Oleh itu, seeloknya anda dan pasangan merancang dan bersedia untuk menghadapi kebarangkalian tersebut.

“Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah bagi tujuan perkongsian maklumat dan bukan untuk digunakan sebagai nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perihal perubata, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pun pengamal perubatan berkelayakan. Maklumat di dalam laman ini tidak bermakna anda perlu berhenti daripada mengambil ubatan atau nasihat yang telah disyorkan, termasuk juga melengah-lengahkan daripada mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor. Kimberly-Clark dikecualikan daripada sebarang tuntutan liabiliti atau tanggungjawab, kesilapan atau ketinggalan di dalam laman ini, dan boleh meminda bahan pada bila-bila masa tanpa notis, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.”


ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

Attention-Seeking
Toddler 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

Huggies club

Huggies NB promo code

Huggies NB promo code

ARTIKEL DENGAN TOPIK