Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 34 Minggu

34WeeksPregnantWhatToExpectjpg

Kehamilan Di Minggu Ke-34 | Huggies Malaysia

Para ibu semua, jaga-jaga dengan apa yang anda cakap. Di waktu ini, bayi sudah boleh dengar suara anda dan juga nyanyian tidak kira sama anda merdu atau tidak. Jangan segan silu dendangkan lagu untuk Si Manja ya. Bila anda rasa bahagian abdomen seperti ditekan dan dipicit, cuba untuk regangkan badan. Sikit masa saja lagi sebelum pengalaman ini berakhir.

Kalau anda mengandung bayi lelaki, hormon kehamilan akan buatkan skrotumnya membengkak ketika lahir. Untuk bayi perempuan pula, bahagian vulvanya seakan gebu dan membengkak juga. Tetapi kedua-dua keadaan ini akan surut selepas beberapa minggu.

Cecair amnion dihirup dan ditelan masuk ke dalam paru-paru semasa bernafas dan bayi juga sudah mula menghisap jari, mengelip mata, berguling, menendang, menggenggam dan tersedu.

Bayi kini semakin mudah untuk membuka dan menutup mata. Dalam minggu ke-34, verniks kaseosa yang masih melindungi kulit dengan meliputi seluruh badan. Manakala lanugo - rambut halus yang tumbuh di permukaan kulit akan mula gugur.

Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 34 Minggu | Huggies Malaysia

Kejang di kaki dan badan kerap adalah normal menuju ke tarikh bersalin. Tetapi, kalau anda rasa sakit di pelvis, rahim berdarah atau sakit pinggang, hubungi doktor serta-merta.

Perut anda akan nampak sedikit atau ketara tergantung ke bawah - ini kerana bayi sudah turun ke bahagian pelvis. Sekaligus memberi tekanan berlebihan kepada pundi kencing dan anda akan kerap mahu pergi ke tandas. Jumlah cecair amnion meningkat dengan maksimum untuk membolehkan bayi membesar dan memberikan ruang untuk pergerakan kalistenik.

Tips Untuk Mengandung 34 Minggu | Huggies Malaysia

  • “Babymoon” adalah peluang untuk luangkan masa berkualiti bersama pasangan sambil merancang kelahiran cahaya mata. Masa yang sesuai juga untuk bergambar kenangan perjalanan kehamilan anda.
  • Anda mungkin rasa diri kurang menawan, tetapi akan ada masa di mana bila anda melihat kembali gambar ketika hamil, ibu-ibu mengandung ada kecantikan tersendiri.
  • Keseimbangan badan yang berubah membuatkan wanita hamil senang terjatuh. Perut yang besar menyukarkan anda untuk melihat permukaan yang dipijak, jadi pastikan anda ambil langkah dengan cermat.

Tahukah Anda - Kehamilan 34 Minggu | Huggies Malaysia

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

Attention-Seeking
Toddler 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK